Facebook Twitter Ask fm Free page


Bt-ace babo
About Links Stuff Diary

Saturday, September 23, 2017 | 8:32 PM | 0 Element(s)



Friday, December 27, 2013 | 8:48 PM | 0 Element(s)



            Hye, assalamualaikum :) Tajuk atas ni mcm aku ckp pasal dadah je. Haha. So, aku dah buang semua post aku, Hahahaha. Aku ni asyik delete je post aku.
Okay ah, aku nak mula dari semula balik. Siapa yg memang kenal aku lama dah, msti tahu aku mcm mana. Mesti tahu aku ni suka justin bieber, benci kpop. Haa? Benci kpop? Hish, minah ni, kata tak suka kpop, tapi pergi letak gmbar lelaki kpop. Hahaha. Tapi tu dulu, kalau korang nak tahu...

   One, Gelinyeee aku tgk kpop ni, mcm PONDAN.
   Two, PLASTIC SURGERY je lebih.
   Three, GEDIK sana, GEDIK sini
   Four, SAYO SAYO nak jual sayur ke ape.
   Five, Ish, baju mcm gune BULU AYAM pun ade.

But now....

   One, Ahhhhh, OMEYnyeee Sung jong ni !!
   Two, Ohhh, Key muka ORI !!! Handsomenye masa dia muda dulu !!
   Three, Wahhh, AWESOME gilaaaa diorang menari !!
   Four, Annyeonghasaeyo :) Saranghae <3 HEHE
   Five, SMART ah fashion Key ni !!

Hahaha. Masatuh Oppa Gangnam Style pun aku taktahu. Aku mmg dah berjanji takkan suka kpop. Nak tahu macam mana aku boleh terjebak di dalam dunia yg bernama KPOP ni? Kalau diingat balik, memang lawak gile. Haha. Semuanya disebabkan dia ni...
 
         Macam comel je, macam comel je. Haha. Okay, nama dia Kak Aina. Hehe, femes kak aina aku ni. Act, dia ni akak dorm aku, A12. Baru form 4. And actually lagi, sepatutnya dia satu dorm dgn aku jugak tahun lepas, tapi dia pindah bilik lain. Kalaulah dia sebilik dgn aku tahun lepas. Aku suka kpop dari tahun lepas lagi kot. Haha.
 
      Mula-mula mcm ni, aku borak-borak ah dgn dia haritu, masatu bulan januari lagi kot. Aku ckp pasal justin bieber akulah. Pastu, tetiba dia tanya aku, tengok running man tak? Pastu aku, ............ Hmmmm, running man tu ape? Pastu, dia jawab, "Alah, macam X Factor". Ooooh. Nanti saya cube tgk lah. Aku menjawab. Haha. Masatu aku tak tahu pulak tu rancangan Korea. Bahkan aku tak tahu pun ade channel 393 kat astro. Hahaha.
     
      Pastu, bile balik rumah je, aku tekanlah 393. Masatu pagi lagi, tkde lagi running man. Pastu aku cariklah, then record. Bila dah record, aku tgk ah keesokannya. First episod yg aku tgk yg ni ah

    
      Ep 132 kan? Yg Hyuna dtg tuh and Monday Couple jadi spy. First aku tgk, yg aku kenal hyuna dgn ji hyo je. Masatu aku ingatkan hyuna tu yuna. HAHA. Aku kenal hyuna pun sebab Bubble pop... hmm ahh uuu. Haha. Act, dulu aku layan sikit kpop, sbb seorang laki nih and disebabkan kakak aku dan kawan aku yg minat gile kat kpop. Jihyo aku kenal sbb dia ade berlakon dlm cite yg kakak aku selalu tgk, Princess Hours. Tapi aku tatau nama dia pun.

     
       Masa tgk,
           "............................................................................................................"
           "Kenapa ada spy?"
           "Handsome jugak yg pakai topi nih"
           "Apasal yg tinggi ni mcm bang*ng je" Hehe
           "Laki tua ni dgn laki yg tinggi ni adik beradik ke?
Pelbagai persoalan meresap dan bermain cabut cabut tag nama di mindaku. Hahaha. Lepastu, aku pi balik hostel ahad tu. Then, Kak aina terus tanya, tgk tak Running Man. Aku jawab, "Tengok........". Pastu, dia tnye, so, siapa yg paling handsome."Lelaki yg botak pakai topi tu." Hahaha. "Ohh, nama dia Gary lah" Then aku dalam hati, "Gary? Yang haiwan pemeliharaan Spongebob ke ape?" HAHA. Lepastu, dia kata lagi, "nnti tgk la lagi ye....."

      Pastu, sejak haritu, setiap kali aku balik je, aku mesti tgk Running Man. Aku buat buat paham je. Haha. Thyen, lama lama baru aku tahu mcm mne game dia. Nama ahli ahli dia pun aku dah hafal. Tapi sampai sekarang, episod rm yg paling aku suka adalah episod 74, episod runningman kedua aku tgk....


Lepas running man, aku cuba cari rancangan lain pulak. We Got Married. Married? Mcm best je. HAHA. Pastu aku tgk couple yg latest, iaitu Kwanghee and Sunhwa !! Diorang ni memang sweet and lawak. Lepastu, aku mula suka secret. Pastu, aku gi download semua episod wgm diorang ni. Sampai habis limit broadband aku ni. Then lepas, couple diorang, aku gi cari couple lain, khuntorialah, yeonseo lah, taeun lah. itulah.

         Lepas asyik tgk variety je, aku nak jelajah dunia kpop pulak. First group yg aku search adalah SHINEE ofcourse. Aku mmg tahu shinee drpd dulu lagi. Masa dulu-dulu aku aku kenal kpop, aku tahu shinee, secret, ft island, cnblue dgn 2ne1. Tu je yg aku tahu. First clip video shinee yg aku bukak, SHINEE - DREAM GIRL. Masatuh, baru je upload mv tu. Masa aku bukak, ade 300 ribu lebih org bukak kot. Wow, awesome gile. First impression aku, PELIKNYEE SELUAR. Tapi lagu dia best. And, yg paling comel aku tgk Key of course. Tapi, masatu aku tak tahu pun nama diorang. Yang aku tahu, nama diorang Onew dgn Taemin. Sebab dulu, my friend Atin, minat SHINee, dia ckp dia suke Taemin. Pastu dia tnye aku, aku minat sape. Dahlah tak tunjuk pun muka diorang. Atin just sebut nama je. Pastu aku pun pilih Onew. Sebab nama dia unik. Haha.


Tapi, first lagu shinee yg aku pernah dgr adalah stand by me and ring ding dong. Ring ding dong tu aku dgr sbb Mat Luthfi. Haha. And, first lagu kpop yg aku prnah dgr ever adalah I want nobody nobody but you !! Haha. Lepastu, aku dapat tahu pulak fanclub diorang ni, shawol namanya. Then, aku pun turut menjadi shawol ni. Tapi, tkde siapa tahu pun. Kalau ade orang tahu.... Haha. Aku just ckp aku suka tgk running man je. 
  
        Then, the next month, tak ingat bulan bpe... hehe. Aku mula beli epop, download video kpop, mula kenal infinite, big bang, exo, Apink, tgk drama korea. Haa, ckp pasal big bang, aku ingat lagi, adelah seorang sister kat twitter aku ni, dia punye tweet handle nama Awek GD. Then aku, GD? Goal Defense ke? Hahaha. Now, baru aku tahu, G Dragon rupanya.

       Kalau drama, first drama yg aku tgk BOF, tapi tak habis pun. Yg aku tgk sampai habis, ni haaa


I Hear Your Voice...... Best ouh cite ni. Tak macam sesetengah drama melayu. Oops. Sesetengah je.Tapi, Vanilla Coklat and SSID tetap terbaik !! But, IHYV bukan fav drama aku, fav drama aku of course ah Reply 1997 !!
          

Aku mula tahu pasal drama ni pun, sebab aku tgk We Got Married. Masa Eunji and Key dtg untuk TaEun couple tu. Eunji ade tnye Key pasal dia dlm drama ni. Pastu, dia tunjuk yg Eunji sepak seo in guk tu. The aku macam, mmmmm, macam best je, macam lawak je cite ni. Then, aku pergilah tanya kak aina pasal cite ni. Rupanya dia pun tak pernah tgk. Tapi tkpe, aku tetap nak tgk. Lepastu aku tengok tengok, cite ni agak tak baik, sebab asyik kiss je. HAHA. Tapi lama lama cite ni best ah, lagu dia best, pelakon sesuai. Pastu aku pergi lah download sammmmmmppppaaaaaiiiiii habis. Haha.

         And lagi satu, aku puji gila skill acting diorang. Diorang ni bukan pelakon pun, tapi boleh berlakon dgn sangat baik. 10/10 for this drama ! Lepas tgk drama ni, terus aku jadi pink panda (Apink fans) and Seo In Guk fans.
   
        Then, aku pun tak sengaja tercerita pasal cite ni kat kawan aku, kawan aku pun layan ahh. Then, baru dia teringat, rasanya kau ckp kau tak suka kpop. Then aku pun jawab. Alahh, sikit je aku suka. Tak fanatik pun. HAHA. TAK FANATIK?

        YANG AKU PERGI LETAK GAMBAR SHINEE KAT FAIL AKU TU PEHAL? YANG AKU PERGI DOWNLOAD VIDEO KPOP TU PEHAL? YANG AKU HAFAL SEMUA NAMA DIORANG TU PEHAL? YANG AKU PERGI INGAT TARIAN DIORANG TU PEHAL? YANG AKU PERGI TERJERIT-JERIT BILA TENGOK DIORANG TU PEHAL? HAHAHA

       Sah. Aku fanatik . HAHAHA. Aku tahu, ramai haters kpop, sebab aku pernah jadi dulu. Tapi, buatpe nak benci diorang, diorang tak buat salah pun kat diorang. Diorang pondan? Diorang pun ciptaan ALLAH jugak. Cuba korang menyanyi smbil menari. Lelah tak? Diorang tak pernah penat pun. Diorang penat, tapi diorang still berusaha and berusaha nak berjaya. Daripada korang tuh, takda life asyik nak kutuk je.

       Kalau korang nak tahu, bukannya senang nak jadi retis kpop ni. Cuba tgk Who Is Next tu. Kesian aku tgk diorang trainee. Lepastu, bila diorang menang je award pape, diorang menangis and tak lupa berterima kasih kat fans and keluarga. Satu lagi yang aku minat pasal korea, diorang ni sangat berbudi bahasa. Tetap hormat orang tua. And, apapun yg haters cakap, diorang tetap hormat. Lagi satu, diorang ni bukannya boleh makan banyak banyak pun. Kesian kesian. Sob sob T.T

FYI, aku bukannya suruh korang suka kpop pun, aku nak korang hormat diorang and hormat jugak kpopers yg gila tuh. Sebab aku ni pun kpopers tu jugak. Haha. Tapi, aku taklah sasaeng fans yg gile tu. K, sorry. jangan terasa. Please tunjuk yg Malaysia ni hormat negara lain. Thanks :) Annyeong !!

                                                  To haters, from GD.

Ehh jap, aku rasa Justin Bieber aku tgh nangis, sbb aku lupakan dia kejap. Haha. Kesian pkwe aku sorang nih. I'm not forget you, sayang :b Haha


P/S : Dulu aku suka Justin Bieber, mak aku menyampah, now aku suka kpop, mak aku nyampah jugak. Eh, haritu aku nampak mak aku tgk running man. Hahahaha. Nyampah kah gitu, ma?



Welcome


Replace with your own cute word here.
Tagboard

Credits

Template by : YupDiela
Others : A C E


Linkies & Bias

Joongki
Jong Kookie
Ace Jihyo
Haroro
Giraffe
Gary
Big nose
Grasshopper

I love them :*
Adila Friends Friends Friends Friends Friends

Friends Friends Friends Friends Friends Friends